APA ITU DANA UNIT AMANAH ?
Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalamsatu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.
BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI
Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.
Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.
Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.
BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?
Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.
Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.
SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?
Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan, yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.
Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit). Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.
KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH
1. Pengurusan Dana Profesional
Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.
2. Mempelbagai Peluang
Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.
3. Memudahkan Transaksi
Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.
4. Meminimakan Risiko
Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.
5. Kecairan
Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.
6. Potensi Pertumbuhan Modal
Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.
PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK
a. Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham
Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.
b. Pelaburan Unit Amanah dan Deposit di Bank
Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.
JENIS-JENIS DANA UNIT AMANAH
Terdapat berbagai jenis Dana Unit Amanah yang perlu diketahui dan difahami oleh para pelabur sebelum membuat keputusan untuk membeli unit-unit amanah ini. Ini kerana setiap dana mempunyai objektifnya sendiri bagi memenuhi matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh para pelabur yang mempunyai pelbagai profil risiko tersendiri terhadap pelaburan.
Dana Pengembangan dan Pendapatan (Growth & Income Fund)
Dana jenis ini melaburkan sebahagian besar modalnya dalam sekuriti pasaran saham di Bursa Saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang tempatan. Dana jenis ini paling digemari oleh orang ramai kerana pelabur dapat menikmati pulangan daripada pelaburan mereka menerusi dua cara iaitu pengembangan modal hasil daripada kenaikan harga unit ataupun dividen apabila diisytiharkan. Prestasi dana ini sebahagian besar bergantung kepada prestasi Bursa Saham kerana kebanyakan pelaburan dibuat ke atas saham-saham yang diniagakan di situ.
Dana Pengembangan atau Dana Pertumbuhan (Growth Fund)
Dari segi pelaburan dana, ia menyerupai Dana Pengembangan dan Pendapatan. Perbezaannya hanya dari segi pulangan di mana dana jenis ini lebih mengutamakan pengembangan modal berbanding pembahagian dividen. Pelabur yang melabur dalam dana ini dapat mengharapkan pulangan yang lebih menarik dari segi pengembangan modal terutama apabila pasaran saham meningkat tetapi pulangan daripada dividen adalah terhad.
Dana Seimbang (Balanced Fund)
Dana unit amanah jenis ini adalah gandingan antara Dana Pengembangan dan Pendapatan dengan Dana Pasaran Wang. Ia secara amnya melabur sebahagian daripada modal di pasaran saham manakala sebahagian lagi dilaburkan dalam instrumen pasaran wang. Antara kelebihan Dana Seimbang adalah berupaya memberi pulangan yang lebih tinggi daripada Dana Pasaran Wang manakala risikonya pula adalah lebih rendah daripada Dana Pengembangan & Pendapatan. Pemegang unit dana jenis ini dapat mengharapkan pulangan yang terletak antara pulangan instrumen pasaran wang dan pulangan di Bursa Saham.
Dana Pendapatan Seimbang (Balanced Income Fund)
Dana jenis ini hampir serupa dengan Dana Seimbang dari segi pelaburan yang dibuat. Apa yang membezakannya adalah hampir keseluruhan pendapatan yang diperoleh oleh dana jenis ini dalam sesuatu tahun kewangan dibayar kepada pemegang unit dalam bentuk dividen. Oleh itu, secara amnya dana jenis ini memberikan pulangan pengembangan modal yang lebih rendah tetapi pulangan daripada dividen mungkin lebih menarik berbanding Dana Seimbang.
Dana Islamik atau Dana Syariah (Islamic/Syariah Fund)
Dana ini menghadkan pelaburan dana dalam saham-saham dan instrumen pelaburan yang halal serta berlandaskan prinsip-prinsip syariah sahaja. Bagi memastikan pelaburan dana tidak melanggar prinsip Islam, setiap dana syariah dimestikan mempunyai panel penasihat syariah yang terdiri daripada individu yang mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman terutamanya dalam bidang fiqh muamalah. Panel penasihat syariah ini bertanggungjawab memastikan pelaburan dana sentiasa menepati prinsip-prinsip syariah dan tidak dibuat dalam sekuriti syarikat yang mempunyai operasi berteraskan riba, perjudian, mengeluarkan dan menjual barangan haram serta mempunyai operasi melibatkan kegiatan yang mempunyai unsur gharar atau ketidakpastian seperti perniagaan insurans konvensional.
Dana Pasaran Wang (Money Market Fund)
Dana jenis ini menghadkan pelaburannya dalam instrumen pasaran wang yang dibenarkan sahaja dan tidak membuat pelaburan dalam sekuriti ataupun ekuiti di bursa saham seperti kebanyakan dana saham amanah yang lain. Dana jenis ini mempunyai risiko paling rendah berbanding dana saham amanah lain yang membuat pelaburan di pasaran saham. Namun begitu, pulangan daripada dana jenis ini juga adalah rendah kerana lazimnya pelaburan dalam instrumen pasaran wang memberikan pulangan yang rendah berbanding pelaburan di bursa saham.
Dana Bon (Bond Fund)
Dana Bon pula menghadkan pelaburannya dalam bon dan Sekuriti Hutang Persendirian (Private Debt Securities) atau lain-lain produk kewangan yang menyerupai bon dan tidak membuat pelaburan dalam sekuriti ataupun ekuiti di bursa saham seperti kebanyakan dana saham amanah yang lain. Dari segi profil risiko dan pulangan pula, ia mirip Dana Pasaran Wang di mana risiko dan pulangannya lebih rendah daripada dana saham amanah yang melabur di bursa saham.
Dana Syarikat Kecil Berkembang (Small Cap Fund)
Dana jenis ini mendefinasikan dan mengambil kira saiz syarikat di mana modal dana itu dapat dilaburkan. Sebagai contoh, terdapat dana yang menghadkan pelaburan dalam sekuriti syarikat yang mempunyai permodalan saham (market capitalization) tidak melebihi RM800 juta. Dana jenis ini lazimnya berisiko lebih tinggi berbanding dana saham amanah yang lain. Ini kerana dana ini melabur dalam sekuriti ataupun ekuiti syarikat kecil yang sedang berkembang dan selalunya masih belum stabil berbanding syarikat besar.
Dana Indeks Ekuiti (Equity Index Tracking Fund)
Dana jenis ini juga dikenali sebagai dana pasif di mana portfolio dana dirangka supaya prestasi dana itu seiring dan mencerminkan prestasi sesuatu indeks di bursa saham. Sebagai contoh, terdapat beberapa dana saham amanah yang objektifnya adalah bagi mengikut prestasi Indeks Komposit Bursa Saham. Dana jenis ini membuat pelaburan di beberapa saham (kaunter) yang terdapat dalam sesuatu indeks.
Dana Modal Dijamin/Dilindungi (Guaranteed/Protected Fund)
Dana ini bertujuan memberi jaminan pada modal permulaan semasa melabur buat kali pertama. Ia bersifat tertutup iaitu selepas selesai satu jangka masa ataupun apabila sejumlah unit tertentu sudah dibeli, dana ini akan ditutup. Apabila hendak menjual balik, pelabur kadangkala dikenakan yuran yang dipanggil exitfee. Apabila pelabur ingin menebus dana sebekum sampai masa matang, yuran penalti dikenakan.
Dana Global (Global Fund)
Seperti namanya, dana ini cuba memberikan peluang kepada pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka dari segi negara dan ekonomi yang berbeza dengan situasi tempatan.
Dana Informasi & Teknologi (Info and Tech Fund)
Sesuai dengan namanya, dana jenis ini melaburkan aset dalam ekuiti syarikat industri teknologi dan informasi seperti infrastuktur internet, pengeluar komputer, pengeluar semikonduktor dan telekomunikasi.
Dana Hartanah (Property Trust Fund)
Dana ini agak baru berbanding dana-dana di atas. Pengurus dana melabur dalam sektor hartanah dan keuntungan yang diperoleh daripada kenaikan nilai hartanah serta kutipan sewa. Jangan keliru dengan REIT (Real Estate Investment Trust), di mana REIT bukan unit amanah sebaliknya ia diniagakan seperti saham biasa.
Dengan peredaran masa, pelbagai dana akan direka bentuk dan dijual kepada pelabur. Sebagai pelabur, kita tidak perlu mengetahui secara mendalam semua jenis dana di atas, malah mungkin ada di antaranya yang kita tidak akan beli sepanjang hayat. Apa yang penting adalah, tidak kira apa juga dana, ia besar kemungkinan salah satu ataupun kombinasi gabungan lima jenis dana berikut:
- Dana Pengembangan - Risiko tinggi maka potensi pulangan tinggi.
- Dana Pendapatan - Risiko rendah maka potensi pulangan rendah.
- Dana Pasaran Wang - Risiko rendah maka potensi pulangan juga rendah.
- Dana Bon - Risiko rendah tetapi ada situasi membolehkan pulangan menjadi sederhana.
- Dana Indeks - Risiko sederhana dan tinggi tetapi kosnya paling rendah.
Ada pelabur yang hanya menumpukan kepada tiga jenis dana sahaja iaitu dana pengembangan, dana pendapatan dan dana pasarn wang. Falsafah mereka berdasarkan pada sifat asas pelaburan iaitu sebarang pelaburan dapat dipecahkan kepada yang berisiko tinggi, sederhana dan rendah. Ini kerana, lebih sedikit bilangan dana, maka lebih mudah kita memantau dan memahami sifat-sifatnya.
Sebagai contoh, katakan pelabur mempunyai profil risiko sederhana dan berminat melabur RM15,000 dalam unit amanah. Beliau boleh melabur kesemuanya dalam dana seimbang atau gabungan tiga dana iaitu dana pengembangan (RM5,000), dana pendapatan (RM5,000) dan dana pasaran wang (RM5,000).
Inilah yang dinamankan porfolio pelaburan unit amanah yang lebih fleksibel dan mampu memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada membeli hanya satu jenis dana. Syaratnya, kita sebagai pelabur perlu tahu mengurus dan memantau portfolio ini sama ada secara sendirian ataupun dengan bantuan penasihat atau perunding pelaburan.
PROFIL RISIKO PELABUR
Setiap daripada kita mempunyai penerimaan risiko yang berbeza terhadap sesuatu perkara termasuk penerimaan risiko terhadap pelaburan.
Berdasarkan markah yang diperolehi daripada profil risiko, risiko rating pelabur atau profill boleh ditentukan. Secara umumnya, rating ranges daripada 1 hingg 5, dengan 5 adalah tertinggi atau paling agresif. Profil risiko pelabur boleh dijelaskan seperti berikut:
(1) Defensif (Defensive) - Keutamaan adalah untuk preserve modal. Pelabur ini boleh menerima sangat minimal turun-naik harga dan mencari pulangan sekadar lebih sedikit (just-above) daripada simpanan tetap (fixed deposit -FD). Biasanya Dana Lindung Modal (capital protected funds) sesuai untuk pelabur defensif.
(2) Konservatif (Conservative) - Pelabur melihat kepada pelaburan yang mempunyai sedikit turun-naik (votality), dengan pulangan yang sederhana dalam jangka masa sederhana. Boleh menerima sedikit (minor) turun-naik harga, namun pengekalan modal tetap menjadi keutamaan. Dana bond dan pasaran wang pada umumnya sesuai untuk pelabur ini.
(3) Seimbang (Balanced) - Pelabur mempunyai wilayah jangka masa pelaburan yang lebih panjang (2 hingga 5 tahun). Mereka selesa dengan pelaburan bercampur merangkumi aset yang secara relatifnya lebih selamat seperti bond dan saham yang agak lebih berisiko. Sedia menerima kerugian jangka pendek yang berlaku sekali-sekala untuk mendapatkan potensi pulangan yang lebih tinggi dan signifiken daripada simpanan tetap.
(4) Sederhana Aggresif (Moderately Aggressive) - Pelabur mempunyai pandangan jangka panjang melebihi 5 tahun. Dan mereka lebih bersedia menerima beberapa turun-naik dan kerugian jangka pendek untuk mendapatkan potensi pulangan yang lebih tinggi melebihi deposit tetap dengan kadar yang lebih besar. Dana-dana yang aggresif dengan peruntukan yang lebih tinggi kepada ekuiti atau dana-dana ekuiti yang sepenuhnya di dalam saham-saham tempatan akan diperlukan.
(5) Aggresif (Aggressive) - Pelabur bersedia menerima risiko yang signifiken, walaupun kemungkinan kerugian atas prinsipal untuk memaksimakan pulangan dalam tempoh masa 5 tahun atau lebih. Pelaburan jenis ini mungkin akan menemui pengalaman sedikit masa vataliti yang tinggi tetapi dibentuk untuk provide pertumbuhan yang kuat dalam nilai dalam tempoh jangka panjang.Dana-dana ekuiti tempatan dengan mandat pelaburan yang aggresif atau dana-dana pesisir pantai yang dilaburkan dalam saham-saham yang disenaraikan di bursa-bursa saham luar negara merupakan pelaburan yang digemari.
Berdasarkan kepada profil risiko, dana yang bersesuaian boleh dipilih untuk pelabur. Di bawah adalah carta yang memaparkan risiko-pulangan, serta dana-dana yang bersesuaian dengan profil risiko pelabur.

SKIM PELABURAN AHLI KWSP
Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).
DEFINISI SIMPANAN ASAS
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan belum mencapai umur 55 tahun.
2. Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
3. Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual di bawah.
4. Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
5. Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.
JADUAL SIMPANAN ASAS DALAM AKAUN 1 KWSP
| UMUR (TAHUN) | SIMPANAN ASAS (RM) |
| UMUR (TAHUN) | SIMPANAN ASAS (RM) |
| 18 | 1,000 |
| 37 | 34,000 |
| 19 | 2,000 |
| 38 | 37,000 |
| 20 | 3,000 |
| 39 | 41,000 |
| 21 | 4,000 |
| 40 | 44,000 |
| 22 | 5,000 |
| 41 | 48,000 |
| 23 | 7,000 |
| 42 | 51,000 |
| 24 | 8,000 |
| 43 | 55,000 |
| 25 | 9,000 |
| 44 | 59,000 |
| 26 | 11,000 |
| 45 | 64,000 |
| 27 | 12,000 |
| 46 | 68,000 |
| 28 | 14,000 |
| 47 | 73,000 |
| 29 | 16,000 |
| 48 | 78,000 |
| 30 | 18,000 |
| 49 | 84,000 |
| 31 | 20,000 |
| 50 | 90,000 |
| 32 | 22,000 |
| 51 | 96,000 |
| 33 | 24,000 |
| 52 | 102,000 |
| 34 | 26,000 |
| 53 | 109,000 |
| 35 | 29,000 |
| 54 | 116,000 |
| 36 | 32,000 |
| 55 | 120,000 |
CONTOH PENGIRAAN KELAYAKAN
| AHLI | UMUR | SIMPANAN DI AKAUN 1 (RM) | SIMPANAN ASAS (RM) | PENGIRAAN: (Simpanan Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20% | KELAYAKAN AHLI |
| A | 22 | 4,000 | 5,000 | - | TIDAK LAYAK. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada Simpanan Asas |
| B | 22 | 8,000 | 5,000 | (8,000 - 5,000) x 20% = RM600 | TIDAK LAYAK. Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000 |
| C | 25 | 20,000 | 9,000 | (20,000 - 9,000) x 20% = RM2,200 | LAYAK. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,200 |
| D | 40 | 40,000 | 44,000 | - | TIDAK LAYAK. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada Simpanan Asas |
| E | 45 | 100,000 | 64,000 | (100,000 - 64,000) x 20% = RM7,200 | LAYAK. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200 |
8 KELEBIHAN PELABURAN DANA ISLAM MELALUI SKIM AHLI KWSP
1. MENEPATI SYARIAH
Peluang membuat pelaburan ke dalam dana-dana yang menepati syariah. Pelaburan di dalam dana-dana Islam dikawalselia oleh Panel Penasihat Syariah yang dilantik oleh Pengurus-Pengurus Dana berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
2. PULANGAN LEBIH TINGGI
Anda berpeluang menikmati pulangan dividen dan keuntungan modal yang diperolehi daripada pelaburan di dalam unit amanah. Sekadar perbandingan, dalam tempoh lima tahun terkini (bagi tahun 2001 – 2005) purata pulangan dividen oleh KWSP sebanyak 4.7% setahun, berbanding pulangan Dana Public Ittikal dalam tempoh yang sama memperolehi pulangan sebanyak 15% setahun!
Nota : Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa prestasi masa lalu tidak semestinya sebagai petunjuk atau gambaran sebenar prestasi masa depan.
3. TIDAK GANGGU WANG POKET
Tidak mengganggu aliran tunai wang poket anda kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang daripada poket anda, sebaliknya hanya perlu memindahkan wang daripada Akaun 1 KWSP anda ke Institusi Pengurusan Dana.
4. MENGGUNAKAN SUMBER SEDIA ADA
Anda tidak perlu membuat pinjaman atau mendapatkan kewangan daripada sumber-sumber baru untuk mendapatkan peluang untuk melabur dalam unit amanah kerana anda cuma perlu bijak menggunakan sumber kewangan sedia ada pada anda iaitu di dalam Akaun 1 KWSP anda untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.
5. NILAI TAMBAH
Anda berpeluang memperolehi pelbagai nilai tambah melalui pelaburan di Institusi Pengurus Dana kami. Di antaranya, melalui pelaburan di dalam dana Public ITTIKAL atau Public Islamic Balanced, anda akan memperolehi perlindungan Takaful secara PERCUMA yang melindungi risiko Keilatan Kekal Menyeluruh dan Kemalangan Diri Berkelompok sehingga RM100,000 berdasarkan jumlah unit pelaburan yang diambil.
6. KEKERAPAN MENAMBAH PELABURAN
Anda berpeluang menambah pelaburan melalui skim ini setiap 90 hari untuk mendapatkan pulangan yang kompetitif.
7. WANG PERSARAAN LEBIH TINGGI
Dengan peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan, bermakna anda berpeluang untuk meningkatkan simpanan KWSP untuk tujuan hari persaraan anda kelak.
8. KEPUASAN MENGURUS SENDIRI
Anda boleh mendapat kepuasan menguruskan sendiri wang simpanan KWSP anda untuk dilaburkan di tempat yang anda inginkan dan yakini melalui Institusi Pengurusan Dana yang berkredibiliti dan berprestasi tinggi, khususnya untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi, menepati syariah dan lebih nilai tambah !
KEKERAPAN MELABUR DARI SIMPANAN KWSP
Setiap 90 hari dari tarikh pemindahan terakhir dibuat.
PENJUALAN BALIK DAN KEUNTUNGAN PELABURAN
Penjualan balik pelaburan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagaimanapun jumlah jualan balik serta sebarang keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP.
Perkhidmatan Pelaburan yang disediakan
Unit Amanah Saham (Syariah)
Skim Pelaburan Ahli KWSP
Pelan Pendidikan dan Persaraan
Public Mutual Berhad
http://www.publicmutual.com.my/
